Assalamualaikum wr wb kepada semua pembaca setia.Alhamdulillah dulu yong hanya travel semata dan timba pengalaman di beberapa negara.Sekarang,dengan izin Allah yong dah menjadi seorang travel agent.Travel agent tau bukan tour guide.In shaa Allah step by step ye 😘😘

Dan kali ni yong nak share 10 sebab kenapa yong pilih Jogjakarta sebagai negeri favourite yong kat Indonesia. *Walaupun tak pergi banyak negeri pon lagiπŸ˜‚πŸ˜‚*


1.Takde penjual yang akan ikut kita paksa kita beli barang😎

Best ke best ❓Bagi yong ni benda yong paling bersyukur sekali.Aman dan tenteram trip yong sepanjang di Jogja.Masyarakat di Jogjakarta rata rata takde pon suruh beli dengan harga melampau.Mungkin diorang ni in average hidup sederhana.Tak meminta-minta kepada pelancong.


2.Boleh bargain walaupun sebenarnya harga jualan diorang dah murah ❗❗

Okay part ni kan,pon korang kena bersyukur.Korang tahu Malioboro street❓Street paling terkenal di Jogja❓Haaa sebenarnya baju batik ke apa ke semua memang dan murah,tp kalau kita mintak harga yg agak logik,diorang bagi je.No problem.Baik betul orang Jogja ni 😍😍😍


3.PECEL LELE DI MANA MANA

Haa tahu tak pecal lele tu apa❓Keli sebenarnya.Yang membuatkan makanan di Jogja tu sedap adalah sambal lokal diorang.Tak tahu lah tapi dia macam sambal belacan tapi 10x lagi sedap.Ala kena datang cuba sendiri senang☺️


4.Boleh shopping dengan hanya naik beca.

Masa malam terakhir sebelum balik ke Malaysia,yong shopping sakan.Naik beca je balik ke hotel.Diorang sentiasa ready untuk bawak kita.Harga pon ya Allah,memang melting dengar.Depan hotel pon ada,jadi tak payah risau kalau malam malam boring kat bilik hotel.Better keluar berjalan jalan.Hehe.


5.Tak payah ke 7-11,INDOMARET SYURGA CONVENIENCE STORE.

Okay,dalam kalangan kengkorang ni,mesti ada yang peminat pergi convenience store kan❓Haa sama lah kita.Sebab ada macam macam makanan,harga pon murah.Yong pon kaki convenience store.So dekat Jogja ni ada satu kedai namanya INDOMARET.Percaya ke tak,yong penuhkan basket,kalau kat Malaysia hampir rm60-rm70.Tapi bila bayar,ya Allah rm30 je 😘😘Aku memang terharu betul la Jogja ni.I love you 🀩


6.Si penjaga gunung,Arwah Mbah Maridjan

Okay part ni fakta sejarah sikit.Tempat favourite i ni.Di gunung Merapi.Pernah dengar tak ada seorang lelaki,duduk dekat dengan Gunung Merapi,dan masa gunung berapi tu meletus,beliau tak nak turun,dan akhirnya meninggal dalam sujud.Haaa pergi google tengok orang jumpa dia dalam keadaan macam mana.Haaa sampai situ,cakap kena elokjangan buat perangai.Sebab orang kata Arwah Mbah Maridjan ni hebat ilmunya.Ye lah kan.Meninggal pon dalam sujud.Jadi kita tak tahu level beliau tu macam mana.Berkesempatan jumpa isteri arwah.Diam je.Tak banyak cakap pon.Senyum pon jarang jarang.🌸🌸🌸


7.Gondola Pantai Timang

Haaaa nampak kat gambar tu ❓Tulah gondola nya.Dah banyak kali yong ulang benda ni,gondola tu sebenarnya untuk nelayan,tapi sekarang jadi tarikan sebab Rancangan Running Man.Best ke tak kena cuba sendiri naaa.


8.Grab pon available

Kalau hangpa ni spesis yang lahir zaman teknologi,naik beca pon takmau,boleh je naik grab.Grab sentiasa available di mana mana.Dan yang paling penting,murah dan selesa.


9.CANDI BOROBUDUR TAPAK WARISAN UNESCO

Selama ni kita tengok candi ni dalam buku teks,lagi lagi dekat dengan exam,mau muntah tengok.Tapi kena cuba tengok depan mata sendiri,meremang bulu roma beb.Sebab tempat sejarah ni,haaa macam biasa,perangai kena elok.Tourist yang datang pakai seluar pendek,dia akan bagi kain khas.Betapa pentingnya berkelakuan elok kat sana.🌸🌸🌸


10.BANYAK TEMPAT TARIKAN

Okay sini yong kena tegaskan dan beritahu awal awal,Jogja ni banyak sangat tempat tarikan,ada yang entrance fee mahal macam Borobudur(rm100++),ada yang murah.Jadi terpulang,kalau rasa nak cuba semua,silakan sebab memang tak rugi.Gondola,gunung Merapi,Candi Borobudur,Candi Prambanan,Hutan Pinus,Goa pindul,Bukit Panguk,haiiii cramp jari aku nak list down.πŸ˜’Tapi berbaloi.Serius talk.

Okay sebenarnya banyak lagi yong nak share pengalaman yong travel ni.Tapi sikit sikit la na.Nak pupuk balik semangat membaca dalam kalangan orang Malaysia cewahhhh,tu pon korang mesti scroll dulu tengok panjang ke tak post budak ni.Haha.Takde laaa gurau gurau.


😘😘😘😘

Yong malas nak tulis harga pakej la,jual pakej la ape la.So yong share je pengalaman yong.Kalau rasa best,sila jejakkan kaki kat sana.

Adios,Assalamualaikum wr wb☺️☺️☺️

FB : YS SHOP
IG: PAKEJ PERCUTIAN😘 MURAH YS
BLOG : yongsofia88.blogspot.com

-YS BACKPACKERS-

πŸŽ—️WORK TRAVEL SURE REPEATπŸŽ—️

Comments

Popular Posts