CARA MUDAH BELI TIKET FLIGHT AIRASIA
Assalamualaikum hi!
Hari ni saya nak kongsikan langkah mudah untuk beli tiket flight AirAsia.
Selepas hampir dua tahun kita tidak dapat melepasi sempadan Malaysia kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dapat ke luar negara semula.
Jadi, ada beberapa langkah dari awal hingga akhir untuk pembelian tiket penerbangan di laman web AirAsia.
Yang pertama sekali, di bahagian homepage, klik destinasi pelepasan, ketibaan, tarikh dan bilangan individu. Pastikan kita meletakkan jumlah yang tepat agar tidak berlaku kesilapan yang mengakibatkan pembelian semula tiket penerbangan.
Selepas itu, kita akan sampai di bahagian pilihan penerbangan pergi dan pulang. Pada bahagian ini, kita boleh memilih tarikh, waktu, penerbangan transit/tiada transit dan harga tiket. Kita boleh buat pemilihan tiket mengikut pilihan masing masing. Begitu juga untuk tiket pulang.
Setelah itu, kita akan sampai di bahagian add-on. Pada bahagian ini, AirAsia meletakkan value pack/premium flex/premium flatbed untuk penjimatan berganda. Dalam ketiga tiga pilihan ini, kita diberikan berat bagasi, seat pilihan dan makanan sepanjang penerbangan.
Namun jika kita nak buat secara manual jika tiada masalah.
Jika kita skrol di bahagian bawah, kita boleh buat tambahan bagasi, kerusi dan makanan secara manual.
Jika dilihat di sini, kita ada beberapa pilihan berat bagasi. Boleh pilih mengikut pilihan masing masing.
Di bahagian pemilihan kerusi juga, AirAsia X memberi banyak pilihan ruang. Sebagai contoh, ruang hadapan adalah ruangan Premium Flatbed dan ruangan senyap. Bergantung pilihan masing masing, bagi saya, lebih baik mencari ruang yang agak hadapan agar makanan lebih cepat sampai dan juga ruang bilik air yang lebih mudah diakses.
Jika tidak mahu beli pon tidak mengapa, AirAsia akan assign seat secara automatik semasa kita check-in nanti.
Makanan jangan lupa beli sekali. Nanti lapar :)
Selepas 2 tahun melalui COVID-19, pihak AirAsia memberi peringatan kepada setiap individu supaya lebih bersedia seperti lengkap dos vaksinasi, dalam keadaan sihat dan tidak mengalami simptom COVID-19.
Di bahagian guest details, semak semula bahagian booking supaya tiada sebarang kesalahan dari segi pemilihan tarikh dan waktu penerbangan.
Pada bahagian bawah, sila masukkan maklumat penumpang.
Penting bagi setiap penumpang untuk meletakkan maklumat jika berlaku sebarang kecemasan.
Jangan risau, dah hampir ke penamat.
Akhir sekali, di bahagain pembayaran.
Ada pelbagai pilihan pembayaran seperti debit card, credit card dan online banking.
Sesiapa yang ada Bigpay juga boleh melakukan pembayaran.
Mudah bukan?
Selamat bermusafir! Terlalu banyak kebesaran Tuhan yang dapat kita saksikan di serata dunia.
Semuanya indah indah belaka.
Saya ada kongsikan video agar lebih mudah difahami.
Comments
Post a Comment