5 LANGKAH UNTUK KEKAL BERSEMANGAT
Assalamualaikum wr wb hello semua! Hari ini saya nak kongsikan 5 cara untuk kekal bersemangat. 2022 baru sahaja melabuhkan tirai dan semestinya lebih ramai yang berazam untuk menjadi lebih baik di tahun berikutnya. Dan kita tidak dapat lari dari menyelesaikan tugasan hakiki seperti bekerja kerajaan, swasta atau mempunyai perniagaan sendiri. Pastinya ada waktu dan ketika yang membuatkan kita menjadi kurang bersemangat dalam melakukan pekerjaan. Oleh itu, mari saya kongsikan langkah untuk kekal bersemangat.
1. BANGUN TIDUR DAN BERSYUKUR
Perkara ini paling ramai orang tidak lakukan. Kebiasaannya, kita bangun dalam keadaan bermalasan dan mula bimbang untuk pergi kerja. Sedangkan, perkara pertama yang diajarkan adalah dengan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara Tuhan pada hari seterusnya. Setelah bangun, amat penting untuk kita merafakkan kesyukuran kepada Sang Tuhan yang sentiasa memberi kecukupan.
2. TETAPKAN MATLAMAT
Siapa di sini yang tiada matlamat?Semestinya setiap dari kita mempunyai matlamat dan impian masing masing. Menggembirakan hati ibu bapa, membina rumah dan berkahwin adalah antara matlamat kita dalam melakukan pekerjaan hakiki. Oleh itu, setiap kali kita berasa kurang bersemangat, ingat semula matlamat dan tetapkan matlamat itu agar dapat dicapai dalam suatu jangka masa yang ditetapkan.
3. MENGERJAKAN HOBI SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEMINGGU
Ramai di antara kita yang memiliki hobi masing masing. Bermain badminton, bercuti dan ‘food-hunting’ merupakan antara hobi yang biasa didengari. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan lari dari rasa kurang semangat dan merasa bosan. Oleh itu, melakukan hobi pada hujung minggu menjadi satu cara untuk menaikkan semangat kita dan buat kita ternanti-nanti untuk melaksanakan hobi tersebut. Ini merupakan ‘reverse psychology’ kepada diri kita. Secara tidak langsung, kita dapat menyelesaikan pekerjaan kita dengan baik.
4. SEMAK LINGKUNGAN PERSEKITARAN
Kita biasa dengar yang lingkungan atau ‘circle’ memainkan peranan yang amat besar dalam diri individu. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari lingkungan persekitaran yang positif dan sentiasa membantu. Hal ini secara tidak langsung dapat menjaga tahap semangat dan tanggungjawab kita dalam melakukan pekerjaan. Lingkungan persekitaran yang negatif membuatkan kita sentiasa berada dalam keadaan tidak gembira dan akhir sekali terjerumus dalam depresi.
5. BERSEDIA DENGAN KETIDAKSEMPURNAAN
Semua orang percaya yang tidak ada perkara yang paling sempurna dalam dunia ini. Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan berusaha sehabis baik. Setiap kali kita menghadapi kegagalan, setiap dari itu adalah peluang untuk kita menanggapi dan menerima kegagalan tersebut. Kegagalan akan membuatkan kita menjadi pakar kepada sesuatu perkara itu. Dan orang yang sebenarnya gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba.
Semoga catatan ini memberi semangat buat anda semua.
Love you all!
Comments
Post a Comment