4 HARI 3 MALAM DI MEDAN,INDONESIA. New memories to be saved.
Salam sayang pembaca blog teman.Haa memandangkan September 2018 ni banyak sangat cuti,maka kita pon bercuti lah ye.Tapi trip ni bukan pada hari cuti pon.Aku memang tak suka pergi tempat yang penuh,lagi lagi cuti sekolah.A big no no.
Haa lepas tu,nak share sikit.Kalau nak tiket flight murah,jangan lah pergi cuti sekolah.Memang standby cakap kat parents sila korbankan cuti tahunan anda ye.Hehe.
Okay kat mana nak mula ni.Haha.Okay trip kita bermula pada ..
RABU (19/9/2018)
Memandangkan perjalanan KL-MEDAN ni ambik masa 40 minit,so aku decide untuk ambik flight malam.Jadi kami punya flight pukul 8 malam by AirAsia penerbangan tambang murah.Masa ni beli tiket pergi sahaja RM45 aje.
Haa sebelum tu,nak cerita.Tiket balik kami by Batik Air,jadi kami decide untuk parking di KLIA,bukan KLIA2.
Ramai yang tak tahu,ada satu tempat parking namanya LONG TERM CAR PARK area KLIA.Daripada situ,lepas parking,kami naik free shuttle bus terus ke KLIA2.Harga parking dia murah sikit,sehari RM32.
Okay dalam pukul 6 macam tu kami masuk area departure dan ready untuk boarding.
Seperti yang aku cakap,perjalanan ambik masa 40 minit sahaja.Tapi melalui imigresen cop passport apa semua,maka jadi satu jam le.Diingatkan,waktu di Medan sejam lewat dari Malaysia.Jadi kami sampai di sana pada pukul 8 malam waktu sana.
Sampai sampai Alhamdulillah bang Putra kita dah menunggu.Tertera nama CIK SOFEA dekat kertas hehe.Bangga sensorang.Sebab kami sampai malam,kami minta bang Putra bawak kita gi makan.Oh ye,pakej yang kami ambik ni tak termasuk makan.SEBAB APA? mesti ramai yang komen,ambik la full ground package lagi murah.Okay SEBABnya,setelah aku banyak pergi trip dengan my family members,aku perasan diorang suka order sendiri atau pilih sendiri makanan.So trip ni bukan untuk aku sorang je,kena menepati citarasa keluarga jugak.
Kami makan dekat warung tepi jalan je.Dia jual nasi goreng gila.Haa yang penting,sampai sini minumnya TEH BOTOL.Hehe.Tiba tiba aku teringat dua orang kawan aku,namanya Aman dengan Cino.Selalu sangat buat lawak teh botol ni,till we meet again bro.Huuuuu.
Lepas makan,terus bergerak ke hotel.Jap eh apa nama hotel tu.Emmmmmm haaa namanya Grand Impression Hotel.Satu malam je dekat sini.Esok check out dah.
So,good night~~~~~
KHAMIS(20/9/2018)
Okay hari kedua pukul 830 pagi kita check-out,terus dibawa ke PAJAK IKAN.Haa meh sini nak kabor.Namanya je pajak ikan,tapi sebenarnya jual baju,keychain,batik,baju kaften haa macam macam laa.Disebabkan mama kita ni jenis suka shopping,kita bawak la dia ye ye ye.Separuh hari la jugak plus kita pergi mall di Medan.Mall kat sana tak la semewah dekat KL nun.Haaa maksud dia apa? Maksudnya barang barang dalam mall tu pon tak mahal.
Sebelum ke mall tadi,kita gerak ke Istana Maimun.Istana ni memang cantik.Terletak di tengah tengah bandaraya Medan.Sempat jugak belajar sejarah istana ni.
Dah petang petang sikit,kita bergerak ke Berastagi.Dua jam dari kota Medan,dan suhunya mencecah 16 degree celcius ye tuan- tuan dan puan- puan.Dalam perjalanan ke sini,kita dah start nampak keturunan BATAK KARO.Majoriti beragama Kristian.Dan satu pengalaman baru,bila nampak banyak signboard gereja dan takde satu pon signboard masjid.Dan satu lagi banyak signboard BPK.Haa kalau nak tahu maksud dia apa,u google la sendiri ye.Tu memang makanan ruji diorang.
Sampai sampai kita terus check in di Hotel Green Garden.Subhanallah cantiknya pemandangan hotel ni.Dengan suhu 16 degree,bilik bilik memang takde kipas dan aircond ye.Malam tu bila nak keluar dinner,hujan lebat.Bertambah tambah lah kesejukannya.Alhamdulillah pengalaman yang lain la ni kiranya.
Malam tu tidur awal sebab penat shopping.Tahu kan kenapa penat?Dekat Indonesia ni ramai kejar pelancong untuk suruh beli barang diorang.Biasala tu cara diorang cari rezeki.
Annyeong~~~
JUMAAT(21/9/2018)
Salam hari ketiga.pagi- pagi lagi kita ke Pasar Buah.Beli macam macam buah yang kita jarang makan.Buah markisa,pisang kaki,buah cinta haaa banyaklah.Lama la jugak di situ untuk tawar menawar.Sebab dah pernah duduk India dan ke Vietnam,skill tawar menawar aku semakin menjadi-jadi.Maklum lah muka memang orang local,cakap Bahasa Indonesia pon power.YO YO O AJE KAU NI.
Lepas tu kita sambung perjalanan kita ke Lake Toba.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Berastagi.Jalannya lagi teruk dari Cameron Highland.Haa bayangkan.Nasib tak muntah ye semua tidur je.Lepas bangun,tidur balik,lepas tu karaoke.
On the way,kami sampai di AIR TERJUN SIPISO-PISO.daripada situ,nampak dah Lake Toba.Lake Toba ni sebenanrnya volcanic lake,sebuah tasik yang tercipta hasil daripada letusan gunung berapi.Dan hasilnya,Lake Toba ni lebih besar daripada negara Singapura.Hambik kau.Sebelum tu,kami nampak Gunung Sinabung dengan Gunung Sibayak.Dua gunung ni gunung berapi aktif.Especially Gunung Sinabung,batuk tahun 2008,meletus 2010.Perkampungan berdekatan memang hancur.
Satu lagi nak kabor.Masa gunung berapi meletus menghasilkan danau Toba 400 tahun dulu,bang Putra kata bumi gelap selama setahun,abu lavanya sampai ke kota Medan.MashaaAllah,macam mana lah orang yang hidup berdekatan situ.Moga mati syahid aamiin.
Berhenti jap di SIMARJUNJUNG makan pisang goreng dan minum teh halia di salah satu kedai di situ.Cadangnya nak makan durian.Lepas duduk dalam kereta pusing pusing,terus cancel nak makan durian Medan hahaha.Penangan 5 jam jalan bengkang-bengkok.
Lepas sampai di Parapat,haa Parapat ni satu town betul betul depan Danau Toba ni.Kita check-in di Atsari Hotel,ya Allah Alhamdulillah dapat suite room.Ya Allah,kalau korang tahu berapa hengget aku bayar untuk pakej ni,aku tak layak pon dapat suite room nak menangis aku.Sape sape nak ambik pakej yang aku ambik ni,boleh roger roger aku.Memang terbaik.
Okay dalam 330 petang tu,kita combine dengan beberapa group Malaysian untuk naik feri ke Pulau Samosir.Kita ni private trip,tapi bila nak naik feri,ramai ramai baru meriah haaa gitu.Nak tahu apa sejarah Pulau Samosir ni? Haaa kat pulau ni,memang suku Batak sahaja kat situ.Maksud aku,suku batak ni ada banyak,ni suku batak yang zaman dulu makan organ dalaman manusia.Sekarang tak lah.Dan diorang memang kuat ilmu hitam.
Tour guide kata Indonesia merdeka juga kerana ilmu hitam juga.Serammmm bahhhh.Wallahua'lam la ye yang tu.Ade la lagi sejarah sejarahnya,menarik jugak dengar.Kat situ memang aku baca banyak blog,tolong la jangan shopping kat situ.Ayat dia macam ni,"t-shirt satu 5 ringgit,dua rm60"Hahaha tak masuk akal kan dengar.Maksudnya macam ni,ayat pertama dia untuk tarik pelanggan,ayat kedua untuk mark-up keuntungan.Sila faham ye.Bukan dia tak pandai matematik.tu starategi perniagaan orang panggil.
Tapi memang cantik sangat pemandangan subhanallah.Aku masa kat situ,banyak kali aku tanya dalam hati,ya Allah kalau Danau Toba macam ni,macam mana lah dekat Heaven on Earth tu?macam mana lah heaven tu sendiri.Hebat nya kekuasaanMu.Sebab kami tak pernah lagi keluar dari benua asia,jadi it makes us wonder seriously.
Kami memang stay hotel je malam tu,dinner dekat hotel,and supper dekat cafe hotel.Kat sini tak sesejuk di Berastagi,dalam 21 degree celcius.
so,goodnight~~~
SABTU(22/9/2018)
Lepas breakfast,kita checkout dan memandangkan flight Batik Air kita pukul 1755,kita perlu sampai dalam tengah hari.Perjalanan ambik masa 5 jam jadi yeah memang dalam kereta aje.Sebelum tu,kami sempat pergi tengok rumah Bung Karno atau Presiden Sokarno di Lake Toba.Rumah beliau depan Lake Toba yyang emerald warna airnya ya Allah untung jadi presiden ye.Dalam perjalanan,sempat kita singgah dekat Kedai Paten jual kacang ting ting,tong tong tung tung haa macam macam dia jual.
Sampai kat airport Kuala Namu,kami ucap terima kasih banyak banyak dekat bang Putra.Beliau memang aku bagi 5 stars out of 5.Kalau nak pergi,boleh la roger roger saya ye.
Tinggal ketemu lagi.Horas Horas Horas.
Assalamualaikum!

Comments
Post a Comment