Krabi hatyai 2017

 Salam sabtu buat semua pembaca blog teman.Entry kali ni nak cerita pasal pengalaman ke KRABI+HATYAI masa cuti Krismas 2017.Bukan senang nak cari trip masa cuti Krismas dengan harga yang sangat berpatutan macam ni.3 hari 2 malam pulak tu ye.

So,jom kita start.....

Teman pergi berlapan campur campur ada kawan,adek,dan adek kawan.Dan memandangkan ni join trip,kita bergabung dengan pasangan baru kahwin dan satu family yang havoc ni hehe.So total ada 14 orang.



23/12/2017

Pagi pagi sebelum subuh lagi kami naik kereta Najwa dan Aida(pecah 4 orang 4 orang untuk 2 kereta) dan bergerak ke Changlun untuk simpan kereta di rumah makcik Najwa.Dari situ,kami bergerak ke sempadan Bukit Kayu Hitam untuk melalui imigresen Malaysia dan Thailand.Imigresen Malaysia okay lagi,tapi sampai di imigresen Thailand ya Allah ribuan manusia tengah queue untuk cop passport.By the way,kami ke imigresen Thailand tu naik motor ye,lebih pantas sampai kat sana.Bayangkan kami sampai dalam 830 pagi,kami beratur untuk cop passport dan settle semua dalam 130 tengah hari.Ya Allah penatnya,tapi ambil tu sebagai satu pengalaman dan pengajaran.Sebab tu hari tu pergi Hatyai,pukul 5 pagi dah sampai hambik kau smooth aje Alhamdulillah.Memang kalau sampai di border,kena sampai awal ye.

Habis di situ,kami bergabung dengan 2 family lagi dan mula menuju ke Krabi.Okay ni satu lagi nak cerita,daripada dalam pukul 2 petang start gerak ke Krabi,memang matahari dah takde baru sampai.Maksudnya apa?Perjalanan ambil masa around 5 6 jam macam tu.

PERINGATAN:Kalau tak larat nak roadtrip,sila naik flight terus ke Krabi ye.Teman pon tak sanggup dah yop yong oiiii.

Sampai sampai di Krabi,malam tu kami terus dibawa ke Ao Nang Night Market.Pasar malam tu tempat WAJIB pergi kalau ke Krabi ye.Makanan dia ya Allah superb,nak beli cenderahati ke apa ke pon better beli kat situ.Teman dimaklumkan pasar malam tu hanya dibuka hujung minggu sahaja.Jadi,sila bijak merancang perjalanan anda.

Takde gambar makanan pon memang melantak macam nak gile,siap beli untuk makan dekat hotel.

Selepas itu,kami terus dibawa ke Hotel Hipster.Haa hotel ni memang selesa.Satu bilik dua orang.

So,apa lagi.......megholoh le kite.....nytezzzz.

24/12/2017

Bangun semua!! Siap siap nak snorkeling ni!! Hehe semangat nak snorkeling di 4 pulau.Kita naik bot biase biase je bukan speedboat pon.Takpe kita memang nak menikmati alam yang Allah cipta.Tapi lama lama sangat terpejam jugak la mata aku hehe.





Sebelum tu,kami breakfast dekat area area hotel,memang sodap wehhhhhhh kena pergi baru tau.


Aku dah tak ingat nama pulau pulau dia.Ada Pulau Ayam bla bla bla tak ingat dah.Tapi satu hari tu memang kami spent time snorkeling,belajar berenang lol aku lah tu,dan of course hambek gambor banyak.






Oh ye makan tengah hari kat pulau ye,tour guide yang sediakan.Memang air dekat Krabi ni jernihnya ya Allah hebat kuasa Tuhan.

Lepas dah penat main air,kami pergi ke pekan Ao Nang,kat situ kami makan street food yang sedap sedap,makan dekat Restaurant Halal.Memang makanan kat sini sedap sedap belaka ya Allah rase lapor pulak.

Sebelum tu,kami ada pergi tempat namanya 7 Heaven.Sebenarnya boleh tengok sunset kat situ,tapi memandangkan kami sampai pon dah lepas maghrib,takde ape sangat la di situ.

Lepas makan,ada family yang nak pergi Thai massage.So pada masa yang sami,kami bersiar-siar masuk convenience store area Krabi ni.Snacks yang dijual jauh lebih murah dari Malaysia so boleh la usha usha ye.

25/12/2017

Pagi ni lepas check-out,kami breakfast dekat kedai makan halal.Nak tahu kitorang makan ape?Kena tengok video ni.














Lepas tu,kami terus bergerak ke LeKhao Kob Cave.Haa ni aku maleh nak cerita panjang lah.Kalau datang Krabi,tolong la datang sini merasa ye.




Lepas tu,kami terus bergerak ke Hatyai memandangkan perjalanan mengambil masa yang agak lama.Sampai di Hatyai,kami hanya sempat pergi ke salah satu market dikenali sebgai pasar pagi.Macam biasa makanan memang sodap sodap belaka.Kita beli la sikit kacang dan dodol dari Siam sebab murah sebagai hadiah untuk yang menanti di Malaysia.

Sampai sini je entry kali ni.Sebenanrnya ada je kami pergi ke Elephant Trekking Camp,tapi sebenanrnya aku tak reccommend lah korang naik gajah tu.Sama sama kita boikot penyeksaan gajah ye.


Disebabkan tak puas di Hatyai,aku mengambil keputusan untuk ke Hatyai bersama-sama dengan family pulak.


Adiosss.Salam sayang....

ps:entry ni layan gambar je le ye >.<

Comments

Popular Posts