Assalamualaikum wr wb. Apa khabar semua?

Alhamdulillah hari ini hari yang bahagia. Kepada mana mana peniaga, yong yakin kebanyakannya baru nak bermula semula. Tak kisahlah niche yang sama, atau mula berjinak jinak dengan perniagaan baru.


Semalam baru je berlangsung Shopee Sale 12.12. Alhamdulillah biasanya kalau campaign ni meriah la sikit kedai kita. Biasanya tengah bulan begini memang sendu se-sendu sendunya hehe.


Hari ni baru sempat pos order order sempena Shopee Sale semalam. Ada yang beli KF94 Face mask, ada yang beli kain lap dapur, Maybelline Sky High Mascara, ehh macam macam. Sebab kedai Shopee ni sebenarnya dulu jual skincare. Sejak PKP ni je jadi carca marba masukkan barang yang sesuai hehe.

Hari tu yong ada ceritakan? Pasal popia nestum horlicks yang yong dan mama mulakan. Tak gah pon. Takde Instagram page atau Facebook page pon untuk promote. Sebab biasanya kalau guna page ni modal iklan teramatlah besar.


Jadinya kami menumpang di e-commerce saje. Paling paling pon menulis di sini hehe. Sedang duduk sembang dengan mama, tiba tiba ada bakal buyer chat kami di Shopee.


                        "Salam hi. Yang botol ada? Saya nak 10 balang untuk kenduri ahad ni"



Lebih kurang begitulah bunyinya. Yong dengan mama happy tersangat, sebak pon ada. Walaupun ni order ketiga, tak tahulah. Rasa syukur sebab di Shopee ni kebanyakan pembeli adalah orang yang tak pernah pon kenal kita. Syukur sangat. Alhamdulillah :') Saja nak share di sini, di kala kita rasa down, rasa seperti tiada apa dah. Manusia biasa kita ni. Rezeki yang dah tertulis itu pasti, cuma kita yang tak sabar.

Road to pencen kata mama. Buat nak sibukkan diri bila dah pencen nanti. Tapi jangan nak pencen baru nak mula. Sebab tu kami mula sekarang. Alang alang yong di rumah, boleh lah bantu bahagian packaging dan logistik.

Kalau dulu, yong silap bab rezeki ni. Menadah tanpa berusaha. Hanya yakin rezeki tu ada tanpa berusaha menjemputnya. Itu silap besar yang memang yong lambat sedar. Rupanya, kita kena usaha, usaha sehabis baik. Sebab Dia melihat usaha kita. 

Moga buat semua, sentiasa semangat berbuat hidup.

Sebab dulu, semangat saya pernah tiada. :')



Buat yang nak rasa popia nestum horlicks by Mama, boleh tekan sini :


POPIA NESTUM HORLICK BY MAMA


Kalau tak beli pon takpe, saya mohon para pembaca mendoakan semoga jualan popia nestum horlicks by Mama melimpah ruah dan berkah :)

#popianestum #popianestumhorlick #popianestumhorlicks #popianestumsedap #popianestumhorlicksedap #popinestummurah #popianestumperak #popianestumborong #popianestummalaysia

Comments

Popular Posts