Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah lama rasanya tak bersiaran. Setelah hampir dua tahun kita terpaksa berada di rumah, saya yang dulunya bekerja sebagai personal shopper luar negara harus menghentikan hasrat saya. Sedih kan?
Bukan tu saja, saya perlu bermula semula dari bawah dan melakukan sesuatu untuk kesinambungan hidup saya.
Jadinya, saya yang dah lama ada akaun Shopee ni mula belajar perlahan lahan tentang jual beli di Shopee. Bukan mudah, silap letak harga sikit terkadang rugi dek kerana tidak tahu pon apa yuran yuran yang dikenakan.Terlalu banyak sampai tidak dapat saya katakan di sini.
Jadinya, perlahan lahan saya dan mama mula membuat popia nestum horlicks dari rumah. Baru tidak sampai sebulan di Shopee, dan seperti biasa, persaingan di Shopee sangat sengit, sebab bukan kami saja yang pandai membuat popia nestum horlicks.
Kami namakan popia nestum ini Popia Nestum Horlicks by Mama, sebab resipi asal daripada mama sendiri. In shaa Allah sedap, dan sangat berpatutan. Boleh lah buat kudapan dan jajanan sambil menonton Netflix atau sambil travel di dalam kereta.
Yang bestnya popia nestum horlicks ni, bila ada order baru kami buat. Baru la fresh kan?
Buat yang membaca, boleh order terus di link ini:
Kalau tak beli pon takpe, saya mohon para pembaca mendoakan semoga jualan popia nestum horlicks by Mama melimpah ruah dan berkah :)
Terima kasih semua yang membaca. Saya dalam proses sedang membina semula diri saya, kewangan saya. Saya menulis ini, tak beberapa lama lagi kita akan menyambut 2022. Mungkin ada yang sudah berkahwin, mempunyai anak, kerja yang stabil, kewangan yang mantap. Saya mendoakan yang baik baik untuk anda semua.
Dan saya mohon anda mendoakan saya juga :)
Terima kasih semua.
#popianestum #popianestumhorlick #popianestumhorlicks #popianestumsedap #popianestumhorlicksedap #popinestummurah #popianestumperak #popianestumborong #popianestummalaysia
Comments
Post a Comment