CARA BANGKIT DARI DEPRESI
Assalamualaikum wr wb.
![]() |
Tenang... |
Apa khabar semua? Sihat ke? Alhamdulillah hari
ini hari yang baru.
Pastinya ada antara kita yang nampak hala tuju
masing masing. Dan pastinya masih ada kebingungan mencari haluan hidup.
Yong pon macam tu juga. Sebab yong masih
seorang student ‘veteran’ di mana kawan kawan lain sudah ada pekerjaan tetap dan
menikmati hidup.
Yong masih tersepit di tengah tengah mengejar
segulung ijazah dan umur yang semakin meningkat.
Tapi lama lama yong fikir, kita perlu berbuat
sesuatu. Ada beberapa point yang yong sedar dan buat yong bangkit dari
kebingungan itu.
·
CARI KEMAHIRAN
Zaman sekarang ni, kalau nak pandai dalam
sesuatu tu mudah. Sebab ilmu sudah di depan mata, tinggal kita je nak atau tak
nak berusaha. Tak kisah lah nak belajar kemahiran bahasa ke atau menjahit ke,
bercucuk tanam ke, semuanya sudah ada.
·
APPLY HOBI
Macam yong yang tiada hobi ni, yong cuba
rajinkan diri cari sesuatu yang mampu memberi kepuasan dan bukan desakan. Macam
yong tengah ber-blogging ni, sangat healing sebab boleh berkongsi.
·
JANGAN TERLALU LAMA KESEORANGAN
Sepanjang yong belajar sebagai student pjj,
yong terlalu banyak keseorangan. Terlalu banyak menyendiri sampai batchmate
universiti pon tak rapat. Dulu yong seorang yang extrovert, tapi jadi student
pjj ni banyak buat hal masing masing yang akhir sekali buat kita banyak overthinking.
·
BAHAGIKAN MASA DENGAN BAIK
Perasan tak, masa kita down masa tu berlalu
lambat. Tu yang buat hati kita lebih pedih dan susah nak heal. Sebab tu orang
yang depressed end up banyak tidur sebab nak bagi masa tu berlalu. Berbeza
dengan orang yang bangkit, setiap pagi sudah bahagi masa dengan baik. Bahagikan
masa ikut kemampuan kita. Yang penting jangan lupa lakukan yang wajib.
·
MELUAH PADA DIA
Haa dia tu siapa? Boleh jadi dia atau Dia(Tuhan).
Meluah pada Tuhan itu adalah yang terbaik sebab Dia yang berkuasa memberi dan
mengambil sesuatu dari kita. Tapi tiada salahnya jika kita meluah pada ibu bapa
atau kawan kawan asalkan tidak mengganggu atau memudaratkan mereka. Meluah pada
Tuhan itu tiada kekurangannya kerana rahsia digenggam erat oleh-Nya dan hanya
Dia yang mampu menyelesaikannya.
Buat sesiapa yang membaca ini, moga sentiasa
diberikan kekuatan dalam menjalani hidup ini. Dan semoga akhirnya bertemu Tuhan
dalam keadaan suci bersih.
Salam!
Comments
Post a Comment