PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI DI TIRAM TRAVEL SDN BHD-PART 3

Okay sambung part 3, yong nak fokus apa job scope atau skop kerja kalau jadi intern dekat Tiram Travel.

Pertama sekali, Tiram Travel ni ada 5 bahagian utama.

Pendaftaran/front desk, kewangan, dokumentasi, pemasaran dengan stok keluar masuk.

So sebagai student, kita kena terlibat dalam kesemua skop kerja ni dan ada lagi job scope yang lain.

 

Ruang pendaftaran



PENDAFTARAN/FRONT DESK

Okay kalau bahagian ni, macam biasa, kena belajar knowledge pasal pakej dulu. Lepas tu kena attend jemaah macam biasa.

Dan kalau jemaah nak daftar, kena bantu dalam pendaftaran jugak pakai sistem e-business.

Kiranya merangkap sekali sebagai kaunter pertanyaan jugak tapi jangan risau, kalau ada persoalan yang di luar pengetahuan kita, staff akan take-over.

Tapi make sure kena ada sekali bila staff ambik alih sebab boleh jadi new knowledge jugak untuk diri sendiri.

 

KEWANGAN

Bahagian ni pulak fokus dekat jemaah yang buat bayaran. Jemaah boleh buat bayaran secara walk-in atau online.

So kita kena buat salinan resit dan submit dekat ibu pejabat.

Tak susah sangat bahagian ni, tapi mencakupi bayaran deporsit, bayaran tambahan dan bayaran penuh.

Kalau ada nak tarik diri dan refund pon kat bahagian ni.

 

DOKUMENTASI

okay bahagian ni paling paling paling renyah walaupun nampak senang.

Kalau jemaah nak pergi umrah, ada 4 dokumen yang WAJIB ada.

PASSPORT

GAMBAR BACKGROUND PUTIH 4X6cm (2 KEPING)

BUKU SUNTIKAN ACYW(SUNTIKAN UMRAH)

SIJIL DIGITAL VAKSINASI MYSEJAHTERA

Nampak mudah kan? Tidak ye. Di bahagian ni kita akan berjumpa dengan pelbagai situasi.

Passport nak expired tak perasan, ukuran gambar salah, warga emas tak lengkap dos vaksinasi dan macam macam lagi.

Tapi prosedur dia senang je. Just upload dalam Google Form dekat HQ so HQ boleh proses pengeluaran visa. Tak kisahlah visa umrah atau visa pelancong.

 

Kumpul dokumen

PEMASARAN

Bahagian ni pon agak chill. Kerja tolopng reply komen atau mesej yang masuk dalam media sosial agensi.

Tolong upload pakej pakej terkini dan kadang kadang buat live.

Biasanya live tu kita buat sesi soal jawab tapi tak selalu la.

Upload juga gambar gambar terkini jemaah yang sedang mengerjakan umrah dan tag mutawwif mutawwif yang ada media sosial.

 

STOK KELUAR MASUK

Bahagian terpaling best hehe.

Kerja kira beg masuk, beg keluar dan beg rosak. Make sure jugak tally dengan rekod.

Kena maklumkan jugak kalau stok dah nak habis so HQ boleh arrange stok baru.

 

Abang hanto beg suka datang mengejut

Okay bukan itu saja ye, student juga kena involve dalam mesyuarat mingguan dan bulanan. Tapi tak perlu aktif pon. Just stay up-to-date dengan perkembangan terkini okay dah. Dan biasanya tugasan intern akan dimaklumkan masa mesyuarat.

Intern juga kena hadir kalau ada kursus umrah, seminar umrah, dan bengkel mutawwif.

Biasanya semua tu hari Sabtu.

Semuanya untuk pendedahan pelajar especially dalam bidang pengurusan umrah.

Yang bestnya kita dapat kenal jemaah especially yang baya mak-mak kita.

So tengah intern tu mak-mak ni kadang kadang beri makanan, beri duit belanja, belanja makan.

Nikmat Tuhan apa lagi yang kau nak dustakan?

Haha...

 

Mesyuarat bulanan

Okay so buat student intern yang tengah mencari-cari tempat intern, boleh je try dengak agensi umrah. Tapi make sure related la dengan bidang you all.

 

Nanti yong sambung part 4 pulak.....


#latihan industri #intern #internship #praktikum #latihanindustridiTiramTravel#pengalamanlatihanindustridiTiramTravel #praktikumdiTiramTravel #interndiTiramTravel #internumrah #agensiumrah #umrah #pengurusanhajidanumrah

Comments

Popular Posts