Assalamualaikum wr wb.

Apa khabar semua?

Kursus umrah


Kali ni yong nak share sikit pengalaman yong organize kursus umrah semasa yong intern.

Siapa kat sini pernah organize event? Mesti tahu kan penat dia macam mana. Kena ready untuk pre and post event.

So semasa intern ni adalah waktu yang jika kita buat kesalahan, masih boleh dimaafkan. Sepanjang hidup, yong jarang sangat involve dalam organize event ni.

Asyik asyik kena duduk tepi sebab semput haha.

Tapi kali ni sekali lagi saya sahut cabaran. So apa steps untuk anjurkan satu kursus umrah.

1. PENCARIAN LOKASI KURSUS

Haa masa ni kita kena list down la masjid masjid ke dewan ke yang available untuk kita adakan kursus umrah. Contoh kita decide nak buat hari Sabtu, kena make sure jangan ada overlap dengan event yang lain.

2. HUBUNGI AJK MASJID DAN NARROW DOWN PILIHAN LOKASI

Okay selepas dah cari masjid dan dapatkan contact number AJK masjid, kita kena narrow down lokasi mana yang tidak available, tidak sesuai dan macam macam lagi.

Kena bincang dan brainstorm pro dan cons setiap lokasi dan akhir sekali list top 3 lokasi yang paling sesuai.

3. TURUN PADANG

Selepas dah confirm lokasi mana yang sesuai, kita kena pergi berjumpa sendiri dengan AJK masjid dan observe lokasi masjid tu okay ke tidak.

Contoh lokasi yang okay untuk adakan kursus umrah adalah tempat letak kereta yang luas, ada LCD dan projector, ruang ada aircond.

Tiga benda ni wajib!

4.DOUBLE CONFIRM PENCERAMAH YANG AKAN HADIR

Masa yong organize kursus ni, penceramah yang sepatutnya hadir terpaksa terbang ke Jeddah lebih awal. Jadi schedule overlap dan perlu ada penceramah yang mengisi kekosongan itu. Alhamdulillah selepas contact beberapa orang, dapat jumpa penceramah yang boleh gantikan.

5. BAHAGI TUGAS SEMASA HARI KURSUS UMRAH DIADAKAN

Benda ni applicable untuk any event la. Dalam team kena ada tugas masing masing dan setiap orang bertanggungjawab dengan tugasan tersebut. Benda ni penting supaya semuanya berjalan dengan lancar.

AJK MAKANAN

Uruskan pendaftaran jemaah


6. MAKLUM BALAS PASCA ACARA

Kita perlu kira jumlah jemaah yang hadir, jumlah jemaah yang menonton live dan sebagainya. Kita juga kena mohon maklum balas dari para jemaah tentang kursus umrah yang diadakan dan melaporkan kesemuanya kepada pengurus cawangan.

Lega bila selesai


Nampak mudah kan? Tetapi bila kita turun padang, banyak lagi perkara kecil yang perlu diambil perhatian dan masa tulah critical thinking kita diuji.

So ni bukan khas untuk yang akan intern di agensi umrah, ini buat sesiapa sahaja yang akan organize event.

Secara serba ringkas, yang penting perlu bekerjasama dalam suatu pasukan dan menghormati setiap idea dan pandangan. Setiap orang berbeza sudut pandang.

Sebab tu kita kena dengar, kemudian make decision.

Goodnight!


#latihanindustri #intern #internship #praktikum #latihanindustridiTiramTravel#pengalamanlatihanindustridiTiramTravel #praktikumdiTiramTravel #interndiTiramTravel #internumrah #agensiumrah #umrah #pengurusanhajidanumrah #kursusumrah #caraorganizeevent

Comments

Popular Posts