PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI DI TIRAM TRAVEL SDN BHD-PART 2


Okay jom sambung part 2. Nak dijadikan ceritanya, yong kan mula awal seminggu, dalam 18 Mei macam tu yong masuk.

Pagi tu yong belajar sistem apa semua, tetiba staff kata okay yong meh cuba consult jemaah untuk pakej umrah.

Haaaa tak ke seram tu?

Yong ni dah lah jenis yang kalau tak bersedia, yong susah nak buat sesuatu. Tapi staff dah suruh kan, yong pon cuba sahut challenge tu.

Tapi don’t worry. Staff tu ade je sebelah yong dan yong dah pernah tengok dia consult jemaah macam mana.

So copy and paste la kan.


Macam ni la masa consult, tapi masa ni dah reti sikit


Yong pon mula la terangkan satu persatu pakej umrah yang jemaah nak.

Yong tanya tarikh nak terbang bila, bajet berapa apa semua. Semua tu penting untuk pastikan boleh consult pakej dengan betul.

Masa consult tu pon yong banyak tanya soalan, dan banyak juga dapat bantuan dari staff.

Dan alhamdulillah jemaah nak buat pendaftaran!

Memang rezeki masa tu dan sebab jenama agensi umrah ni memang ramai yang kenal.

Tapi sebagai student intern, yong macam agak terkejut jugak kena consult since hari pertama lagi.

Dah lah sejenis introvert.

Bukan tu saja, yong sentiasa duduk sebelah staff sebab nak tengok macam mana cara mereka consult, selesaikan masalah semua.

Lepas tu kan, esoknya ada budak intern baru masuk. Maka semakin meriah lah ofis tu sebab intern ada dua hehe.

Dua ketul budak intern dan pasangan jemaah..


Banyak jumpa family nak pergi umrah, jumpa waris badal haji dan macam macam lagi la.

Nanti part 3 yong ceritakan pulak rupanya kena hadis mesyuarat mingguan,bulanan, kursus umrah, seminar umrah dan bengkel mutawwif.

Nantikan yer... Khas buat student intern yang nak start intern dekat Tiram Travel...

Comments

Popular Posts